Laporan Kempen Cintai Pantai Anjuran Kelab Sahabat Alam
Pada 19 hingga 20 Jun 2024 yang lalu, Persatuan Sahabat Alam Sekolah Kebangsaan Melati Indah telah ( 1 ) program Kempen Cintai Pantai. Kempen tersebut telah dilaksanakan di pantai Teluk Senangin, Perak.
Program yang diadakan selama dua hari itu ( 2 ) seramai 50 orang peserta, iaitu 40 orang murid dan 10 orang guru. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang kempen tersebut. Antara program yang paling ( 3 ) ialah melepaskan anak-anak penyu, membersihkan pantai, memancing ikan dan sebangainya.
Para peserta diberi pendedahan dan pengetahuan tentang jenis-jenis penyu. Terdapat dua jenis penyu yang ( 4 ) dan bertelur di pantai Teluk Senangin iaitu penyu agar dan penyu lipas. Setiap peserta diberi peluang memegang anak-anak penyu yang baru ( 5 ) untuk dilepaskan ke laut.
Selain itu, aktiviti membersihkan kawasan pantai turut diadakan dengan kerjasama penduduk sekitar kawasan tersebut. Sampah-sarap yang ( 6 ) dimasukkan ke dalam lori untuk dibawa ke pusat ( 7 ) sampah. Sampah-sarap yang ada di kawasan pantai disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab para pengunjung itu sendiri.
Di samping itu, peserta juga dibawa ke
pesisir pantai menyaksikan aktiviti memancing dan ( 8 ) ikan. Dengan pemantauan
oleh Jabatan Perikanan Manjung, murid-murid serta guru-guru diajar cara-cara
memancing dan memukat ikan. Pada sebelah malamnya pula, para peserta ( 9 ) menu
istimewa iaitu pelbagai makanan laut yang dibakar sediri.
Program Kempen Cintai Pantai ini berjaya mencapai matlamatnya, iaitu menyemai rasa cinta dan ( 10 ) pantai untuk kelestarian alam. Semua peserta sangat berpuas hati dengan perjalanan program tersebut.
Disediakan oleh; 27 Jun 2024
Farah Asyikin
(FARAH ASYIKIN BINTI SABRI)
Setiausaha,
Persatuan Sahabat Alam,
Sekolah Kebangsaan Melati Indah
pelupusan |
melibatkan |
memukat |
menghargai |
mendarat |
menetas |
disajikan |
mengujakan |
mengadakan |
dikutip |