Tuesday, 9 July 2024

PENULISAN 86 : LAPORAN KEMPEN CINTAI PANTAI

 

Laporan Kempen Cintai Pantai Anjuran Kelab Sahabat Alam

Pada 19 hingga 20 Jun 2024 yang lalu, Persatuan Sahabat Alam Sekolah Kebangsaan Melati Indah telah ( 1 ) program Kempen Cintai Pantai. Kempen tersebut telah dilaksanakan di pantai Teluk Senangin, Perak.

Program yang diadakan selama dua hari itu ( 2 ) seramai 50 orang peserta, iaitu 40 orang murid dan 10 orang guru. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang kempen tersebut. Antara program yang paling ( 3 ) ialah melepaskan anak-anak penyu, membersihkan pantai, memancing ikan dan sebangainya.

Para peserta diberi pendedahan dan pengetahuan tentang jenis-jenis penyu. Terdapat dua jenis penyu yang ( 4 ) dan bertelur di pantai Teluk Senangin iaitu penyu agar dan penyu lipas. Setiap peserta diberi peluang memegang anak-anak penyu yang baru ( 5 ) untuk dilepaskan ke laut.

Selain itu, aktiviti membersihkan kawasan pantai turut diadakan dengan kerjasama penduduk sekitar kawasan tersebut. Sampah-sarap yang ( 6 ) dimasukkan ke dalam lori untuk dibawa ke pusat ( 7 ) sampah.  Sampah-sarap yang ada di kawasan pantai disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab para pengunjung itu sendiri.

Di samping itu, peserta juga dibawa ke pesisir pantai menyaksikan aktiviti memancing dan ( 8 ) ikan. Dengan pemantauan oleh Jabatan Perikanan Manjung, murid-murid serta guru-guru diajar cara-cara memancing dan memukat ikan. Pada sebelah malamnya pula, para peserta ( 9 ) menu istimewa iaitu pelbagai makanan laut yang dibakar sediri.

Program Kempen Cintai Pantai ini berjaya mencapai matlamatnya, iaitu menyemai rasa cinta dan ( 10 ) pantai untuk kelestarian alam. Semua peserta sangat berpuas hati dengan perjalanan program tersebut.

 

Disediakan oleh;                                                                                  27 Jun 2024

Farah Asyikin

(FARAH ASYIKIN BINTI SABRI)

Setiausaha,

Persatuan Sahabat Alam,

Sekolah Kebangsaan Melati Indah

 

pelupusan

melibatkan

memukat

menghargai

mendarat

menetas

disajikan

mengujakan

mengadakan

dikutip

 

No comments:

Post a Comment