Tuesday, 9 July 2024

PENULISAN 85 : CATATAN KEJADIAN MEMBANTERAS KEJADIAN PECAH RUMAH

 TULIS SEBUAH KARANGAN CATATAN TENTANG PERISTIWA MEMBANTERAS PECAH RUMAH DI KAWASAN PERUMAHAN KAMU

Sabtu, 15 Mei 2024

9:30 malam

Sebaik sahaja pulang dari menunaikan solat isyak di surau, aku terus ke Dewan Orang Ramai Taman Bersatu. Di situ aku dan beberapa orang penduduk belajar silat ( 1 ) Pak Long Ramli. ( 2 ) merupakan guru silat di kawasan kediaman kami.

Aku dan rakan-rakanku berlatih pergerakan seni Silat Gayong Fatani ( 3 ) tekun. Kami berlatih menumbuk dan menempis secara berpasangan. Ketika berlatih, lagu silat dimainkan melalui pemain mp3. Irama gendang ( 4 ) serunai menaikkan lagi semangat kami berlatih.

11:00 malam

Aku beristirahat sebentar di ruang tamu. Aku terdengar bunyi ( 5 ) yang mencurigakan di belakang rumahku. Aku segera mengintip dari jendela bilik. Aku dapati ada dua lembaga yang mencurigakan ( 6 ) pintu dapur jiran yang bertentangan dengan rumahku.

Tanpa melengahkan masa aku menghubungi Pak Long Ramli melalui aplikasi WhatsApp. Aku menceritakan apa yang sedang berlaku. Pak Long Ramli menasihatiku ( 7 ) tidak berbuat apa-apa dan memerhatikan kelibat lembaga itu dari jauh sahaja.

12:00 malam

Lembaga ( 8 ) mencurigakan itu hampir berjaya membuka pintu rumah jiranku. Dalam masa yang sama aku terdegar suara orang melaung. Lembaga tersebut terkejut dan cuba menyerang beberapa orang  yang datang ( 9 ) kiri dan kanan jalan. Dengan pantas Pak Long Ramli serta beberapa orang anak muridnya menewaskan dua orang perompak yang cuba memecah masuk ke rumah jiranku.

Setelah perompak itu diberkas, jiranku menghubungi pasukan polis. Pegawai polis mengucapkah tahniah dan syabas kepadaku ( 10 ) telah melakukan tindakan yang berani. Mereka bersalaman dengan Pak Long Ramli dan berterima kasih.

 

 kerana

 agar

 di

 Beliau

sesuatu

daripada

dari

dengan

 Dan

yang

No comments:

Post a Comment