Tuesday, 27 May 2025

PENULISAN 92 : CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI

 

SOALAN : Penjagaan kesihatan diri sangat penting dalam kehidupan seharian. Berdasarkan kenyataan tersebut, tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

Kesihatan diri ialah satu bentuk kesejahteraan hidup manusia yang melibatkan fizikal, ( 1 ) dan ( 2 ). Setiap orang perlu menjaga kesihatan dirinya agar dapat hidup dengan sejahtera.

Untuk menjaga kesihatan ( 3 ), kita hendaklah sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat. Antaranya ialah, bersenam secara konsisten atau bersenamlah pada masa. Bersenam akan membantu membakar kalori dan mengurangkan berat badan.

Selain itu, amalan pemakanan perlu dikawal. Makanan dan minuman yang diambil pada setiap hari hendaklah makanan yang ( 4 ). Elakkan mengambil makanan dan minuman yang terlalu manis, ( 5 ), berlemak dan makanan segera.

Sebaik-baiklah patuhi piramid makanan yang telah disarankan oleh pakar-pakar ( 6 ). Makanan hendaklah mengandungi karbohidrat, ( 7 ), vitamin dan mineral. Makanan yang seimbang akan membantu proses ( 8 ) fizikal dengan sempurna.

Seterusnya, ketika mandi pastikan menggunakan air bersih, ( 9 ) dan syampu. Sabun dan ( 10 ) bukan sahaja menyegarkan tubuh badan kita, malah boleh membasmi pelbagai penyakit kulit seperti gatal dan ( 11 ). Setelah mandi, jangan lupa lap badan menggunakan tuala sendiri.

Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri sangat penting untuk diberi perhatian dan diamalkan pada setiap hari. Tubuh badan yang sihat akan menjadikan kehidupan kita sangat ( 12 ).

 

kulimumur

fizikal

berkabonat

syampu

sosial

kesihatan

tumbesaran

protein

mental

bahagia

seimbang

sabun

 

Tuesday, 13 May 2025

PENULISAN 91 : PENGALAMAN BERCUTI DI PUSAT PERANGINAN

 

SOALAN : Kamu telah mengikuti ibu bapa ke sebuah pusat peranginan. Ceritakan tentang pengalaman ke pusat peranginan tersebut.

Pulau Pinang merupakan antara tempat percutian yang sangat menarik pernah aku lawati.  Salah satu tempat    ( 1 ) yang telah aku lawati ialah Bukit Bendera.

Untuk ke Bukit Bendera, kami perlu menaiki kereta api khas. Kereta api berbentuk ( 2 ) bergerak laju menuju ke puncak bukit. Aku berasa sangat ( 3 ) melihat pemandangan sepanjang kereta api itu mendaki bukit. Memandangkan aku duduk di bahagian hadapan, maka aku dapat merakam pemandangan itu dengan jelas.

Sebaik sahaja sampai di atas bukit, aku dapat melihat pelbagai ( 4 ) pengunjung. Mereka terdiri daripada pelbagai negara. Ada dari negara ( 5), China, Arab, Jepun dan tidak kurang juga para pengunjung tempatan. Masing-masing memegang telefon pintar ( 6 ) gambar dan video.

Ayah membawa kami ke stesyen kereta bogi. Dengan ( 7 ) bogi kami dibawa bersiar-siar di pelbagai tempat di Bukit Bendera. Pemandu bogi tersebut berhenti beberapa minit di sebuah ( 8 ) untuk memberikan peluang kepada kami merakam gambar. Gambar dengan latar belakang laut dan bandar Pulau Pinang memang sangat mempesonakan.

Setelah itu, kami singgah ke sebuah kafe yang menjual kopi dan makanan. Kafe tersebut sangat terkenal dengan keenakan pelbagai jenis kopi. Bau ( 9 ) kopi dari Kafe Kopi Hutan itu sangat memukau. Sebagai ( 10) kopi, kami sekeluarga tidak lepaskan peluang menikmati keenakan kopi di situ.

Percutian kami di Bukit Bendera masih panjang. Banyak aktiviti yang kami lakukan di sana. Banyak juga tempat menarik yang kami lawati. Pada sebelah malam, kami (11) di sebuah hotel di Bukit Bendera sambil menikmati ( 12 ) alam yang sangat mengasyikkan.

 

aroma

panorama

penggemar

merakam

teruja

peranginan

pelantar

condong

Eropah

mengenderai

beristirahat

gelagat

 

Tuesday, 14 January 2025

PENULISAN 90 : SUASANA / GAMBARAN DI PANTAI PERKELAHAN

 

 SOALAN : Kamu telah mengikuti keluarga berkelah di sebuah pantai. Gambarkan suasana di pantai tersebut.

 Aku telah mengikuti keluargaku berkelah di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Kedudukan pantai itu ( 1 ) di hadapan chalet yang kami sewa.

 Di situ aku dapat melihat keindahan pantai yang sangat bersih. Terdapat juga pengunjung dari dalam dan luar negara. Para pengunjung melakukan pelbagai aktiviti sama ada secara bersendirian, ( 2 ) mahupun berkumpulan.

 Tidak jauh daripada aku terdapat sebuah keluarga sedang menikmati hidangan dengan begitu ( 3 ) di bawah pokok ru. Mereka melapik juadah di atas ( 4 ) tikar. Ahli keluarga tersebut kelihatan sangat gembira.

 Di gigi air pula, terdapat ramai ( 5 ) melakukan pelbagai aktiviti. Ada yang berenang dengan diawasi oleh orang dewasa. Ada juga yang bermain ( 6 ) menggunakan pistol dan senapang air yang besar.  

 Aku dapat mendengar jeritan daripada para pengunjung dengan begitu kuat apabila ombak menghempas pantai. ( 7 ) kegembiraan kerana pelampung yang digunakan terolang-oleng lalu terdampar di pantai. Apabila ombak( 8 ), mereka terjun semula ke laut.

Semakin lama, semakin ramai pengunjung yang datang ke pantai itu. Aku dan keluargaku mengambil kesempatan tersebut untuk ( 9 ) dan bermain ( 10 ).

 

berselera

berpasangan

kanak-kanak

sebidang

mandi-manda

Jeritan

tembak-tembak

surut

sepuas-puasnya

betul-betul