Monday 16 July 2018

Latihan Penulisan 70 : Dialog - Cara-cara memupuk perpaduan


Soalan : kamu dan rakan kamu berbual-bual tentang aktiviti yang akan dijalankan di kawasan kediaman.Tulis perbualan tentang cara-cara memupuk semangat perpaduan dalam kalangan jiran dengan lengkap.

Gopal
Selamat pagi, Salleh. Kamu buat apa di sini sendirian.
Salleh
Selamat pagi, Gopal. Aku sedang memikirkan ( 1 ) yang akan kita adakan pada minggu depan.
Gopal
Aktiviti di taman perumahan kita tu kan? Aku pun terfikir juga bagaimana cara untuk kita memupuk semangat ( 2 ) dan ( 3 ) antara kita.
Salleh
Ayah aku beritahu, taman perumahan kita akan menubuhkan pasukan bola sepak dan bola jaring. Ada pasukan untuk kanak-kanak dan ada pasukan untuk orang dewasa. Bolehlah kita sertai pasukan tu nanti.
Gopal
Elok sangatlah tu. Tapi, kamu pun tahu kan. Aku ni ( 4 ) , tak pandai bermain bola.
Salleh
Tidak mengapalah Gopal, ( 5 ) yang ditubuhkan tu hanya sebagai aktiviti masa lapang yang melibatkan masyarakat pelbagai kaum di taman kita. Bukan nak masuk Piala Malaysia pun. Main untuk ( 6 ) sahaja.
Gopal
Kalau begitu tak mengapalah. Minggu depan di taman kita ada apa sebenarnya?
Salleh
Minggu depan pihak persatuan penduduk akan mengadakan aktiviti rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri. Aktiviti diadakan di ( 7 ) . Semua penduduk dijemput untuk hadir. Jamuan ditaja secara bersama.
Gopal
Kalau begitu bolehlah kita makan pelbagai jenis ( 8 ) . Aku suka makan kuih bakul, sudah tentu keluarga Ah Hok akan menyediakannya. Nanti aku minta ibu masakkan vadai untuk dibawa dalam majlis itu nanti.
Salleh
Pada sebelah petang, akan diadakan aktiviti ( 9 ) untuk memupuk semangat kejiranan antara kita. Ayah aku kata banyak permainan akan dijalankan. Dia pesan supaya beritahu kepada kawan-kawan untuk datang beramai-ramai.
Gopal
Jika begitu, elok kita masukkan maklumat ni ke kumpulan Whatsapp dan Face Book kita supaya semua kawan-kawan kita tahu.
Salleh
Aku setuju. Baiklah Gopal, aku nak ke kedai membeli ( 10 ) ibu.

aktiviti
 juadah
kaki bangku
sukaneka
pesanan
Dewan Komuniti
suka-suka
perpaduan
kejiranan
pasukan

No comments:

Post a Comment