Monday 16 July 2018

Latihan Penulisan 73 : Syarahan - menghormati ibu bapa


SOALAN : Kamu diminta menyampaikan sebuah syarahan di sebuah sekolah. Tajuk syarahan kamu ialah “Hormatilah Ibu Bapa”. Tulis syarahan tersebut. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang dimuliakan Saudari Pengacara Majlis, Yang Dihormati Tuan Haji Abdul Karim Bin Zaidan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Impian Damai, guru-guru, murid-murid serta (  1  ) yang saya kasihi.

Dalam syarahan ini saya akan menjelaskan kepada sidang hadirin tentang mrenghormati ibu bapa. Apakah yang dimaksudkan dengan ibu bapa? Ibu bapa ialah ( 2 )  yang melahirkan dan membesarkan kita. Mereka merupakan ketua keluarga yang wajib dihormati.

Sidang hadirin yang budiman,

Sebagai anak, kita wajib menghormati mereka. Ibu bapalah yang (  3  ) kehidupan kita. Sejak dilahirkan hingga kita dewasa, merekalah yang (  4  ) segala kos perbelanjaan kita. Lampin, susu, pakaian hinggalah keperluan sekolah dan keperluan harian untuk kita, disediakan oleh ibu bapa.

Ibu pula tidak pernah berasa (  5  ) menyediakan sajian untuk kita. Dari pagi, tengah hari, petang ke malam, ibu sentiasa menyediakan makanan yang enak dan berkhasiat untuk kita nikmati. Walau sesibuk mana sekalipun dengan tugas, ibu tidak pernah (  6  ) menyediakan kita makanan kegemaran kita sekeluarga.

Saudara dan (  7  )  sekalian,

Selain itu, mereka juga bertanggungjawab menyediakan tempat perlindungan untuk kita seisi keluarga. Rumah yang selesa disediakan dengan (  8  ) empat mereka. Di dalam rumah itulah kita semua menjalani kehidupan seharian.

Justeru, berdasarkan (  9  ) saya tadi, jelaslah bahawa ibu bapa merupakan manusia yang sangat hebat. Hormatilah mereka pada bila-bila dan di mana sahaja.

Sekian, (  10  ) kasih.

insan
terima
menyara
menampung
lelah
ponteng
saudari
tulang
hujah
sidang

No comments:

Post a Comment