Monday 16 July 2018

Latihan Penulisan 72 : Cerita - aktiviti gotong-royong


Kawasan perumahan kamu telah mengadakan aktiviti gotong-royong. Ceritakan tentang aktiviti tersebut.

          Pada hari Sabtu minggu lalu, tempat tinggal saya telah mengadakan satu akvitivi bergotong-royong. Aktiviti tersebut bertujuan untuk menceriakan 1__________ perumahan.

          Program gotong-royong tersebut melibatkan semua penduduk. Ibu bapa dan 2__________ setempat saling bekerjasama. Pada hari itu suasana di taman perumahan begitu meriah dengan kehadiran orang ramai.

          Kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Ada yang menanam pokok-pokok bunga, 4__________ semak-samun, mencuci longkang, mengecat dan sebagainya. Bagi melicinkan aktiviti, pihak majlis 5_________ menyediakan peralatan dan lori untuk mengumpulkan sampah sarap.

          Dalam aktiviti gotong-royong itu, aku dan beberapa orang rakanku ditugaskan untuk membantu ahli jawatankuasa menyediakan jamuan. Kami membancuh air minuman dan menyusun makanan di balai raya. Sesekali, kami ditugaskan untuk menghantar air kepada para sukarelawan yang 6__________.

          Aktiviti yang bermula dari pukul 8.00 7________ hingga 1.00 tengah hari itu telah berjaya mengubah lanskap taman perumahan kami. Suasana sekitar taman kelihatan sungguh ceria dan cantik. Kawasan jalan sudah dipenuhi dengan pelbagai pokok bunga dan 8___________ yang berwarna-warni.

          Sebelum aktiviti tamat, Ketua Kampung mengucapkan setinggi-tinggi 9_____________ kepada semua pihak yang telah terlibat dalam gotong-royong tersebut. Semua orang tersenyum tanda berpuas 10___________ dengan aktiviti tersebut. 

kedahagaan
bandaraya
herba
penghargaan
hati
masyarakat
pagi
menebas
persekitaran
sukarelawan

No comments:

Post a Comment