Monday 16 July 2018

Latihan Penulisan 71 : Ceramah - mematuhi didiplin sekolah


SOALAN : Kamu dijemput menyampaikan sebuah syarahan di sebuah sekolah. Tajuk syarahan kamu ialah “Patuhi Disiplin Sekolah”. Tulis syarahan tersebut. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang dimuliakan Tuan Pengacara Majlis, Yang Dihormati Encik Kamal Bin Abidin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mercu Damai, guru-guru, murid-murid serta (  1  ) yang saya kasihi.

Dalam syarahan ini saya akan memperjelaskan kepada sidang hadirin tentang pentingnya mematuhi disiplin sekolah. Apakah disiplin? Disiplin ialah peraturan yang (  2  ) untuk mengawal sesuatu.   

Murid-murid sekalian,

Sebagai murid di sekolah, disiplin amat penting untuk dipatuhi. (  3  ) hari guru-guru mengingatkan kepada (  4  ) agar mematuhi disiplin sekolah. antara disiplin yang menjadi peraturan wajib ialah pemakaian  (  5  ), warna baju dan seluar, kehadiran, penggunaan bilik khas dan sebagainya.

Peraturan ini bukan sahaja disebut secara (  6  ), malah ditulis dan diedarkan kepada murid-murid. Oleh yang demikian, bacalah segala peraturan yang digubal. Setelah dibaca, patuhilah dengan melaksanakannya.

Saudara dan (  7  )  sekalian,

Untuk menguatkuasakan peraturan di sekolah, para pemimpin kecil dilantik mengikut (  8  )  dan keperluan. Antaranya ialah pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas Pembimbing Rakan Sebaya dan lain-lain lagi. Dengan itu hormatilah para pemimpin kecil ini.

Berdasarkan hujah di atas, jelaslah bahawa mematuhi disiplin sangat penting untuk mewujudkan suasana (  9  )  di sekolah.

Sekian, (  10  ) kasih.

sidang
terima
 Saban
 digubal
murid-murid
 lencana
saudari
 kesesuaian
 kondusif
lisan


No comments:

Post a Comment