Thursday, 16 April 2015

Latihan Penulisan 35; Cara-cara Mencapai Cita-Cita

SOALAN : Semua orang mempunyai cita-cita. Tulis sebuah karangan tentang cara-cara untuk mencapai cita-cita kamu.

Arahan : Tukarkan perkataan bergaris dengan perkataan lain yang sama maksud dengannya.

Cita-cita adalah impian semua orang apabila dewasa kelak. Ada yang bercita-cita mahu bergelar angkasawan, ahli perniagaan, peguam, guru dan sebagainya. Saya juga mempunyai cita-cita tersendiri untuk dicapai.

Bagi mencapai cita-cita saya, saya perlu berusaha dengan gigih bermula daripada sekarang. Saya bercita-cita mahu menjadi seorang saintis yang terkenal. Oleh itu, saya perlu belajar bersungguh-sungguh, terutamanya dalam mata pelajaran Sains. Saya mesti meminati dan memahami mata pelajaran ini, menyiapkan semua tugasan yang diberikan dan membaca buku-buku tentang dunia sains.

Selain itu, saya juga memilih beberapa hobi yang berkaitan dengan sains. Hobi saya yang utama ialah membaca. Buku-buku kegemaran saya ialah buku fiksyen yang berkaitan dengan dunia sains seperti kisah pengembaraan di cakerawala, dunia serangga dan tentang alam semula jadi.

Bukan sahaja membaca, saya juga gemar mengumpulkan model-model dan alatan yang berkaitan dunia sains dan teknologi. Sekiranya saya diberi peluang oleh ibu dan ayah untuk membeli permainan, sudah tentulah saya memilih alatan seperti mikroskop, banikular, pariskop, kanta pembesar dan seumpamanya. Malah saya telah memiliki banyak koleksi alatan sains seperti ini. Alatan ini memberikan sumber inspirasi kepada saya.

Untuk mencapai cita-cita, kita perlu ada motivasi dan model ikutan. Model atau tokoh saintis yang menjadi idola saya ialah Alexander Graham Bell dan Dr Sheikh Muzaffar. Saya mahu menjadi seperti Alexander Graham Bell yang mencipta telefon dan seperti Dr Sheikh Muzafar yang merupakan angkasawan pertama Malaysia .


Dengan cara ini saya yakin cita-cita saya untuk menjadi seorang saintis akan berjaya.

6 comments: